YTL Communications mula siasat insiden telefon Yes 4G yang meletup

Pihak YTL Communications memberi respons terhadap berita insiden telefon meletup yang kami laporkan beberapa hari lalu.

YTL Communications mula siasat insiden telefon Yes 4G yang meletup

CEO Wing K. Lee menyatakan yang mereka mengambil maklum dan memandang serius isu keselamatan ini dan satu siasatan sedang dijalankan.

P
ihak mereka telah menghubungi Puan Suryani, individu yang mengutuskan berita berkaitan telefon itu untuk Tindakan susulan.


Pihak SKMM juga telah mengambil maklum perkara ini dan meminta pihak Puan Suryani mengemukakan aduan rasmi ke aduan@cfm.org.my.

Telefon Yes Altitude 3 dibangunkan bersama China Mobile

Menurut YTL Comm. Telefon Yes Altitude 3 adalah produk yang dibangunkan bersama pihak mereka dengan China Mobile.

Sebanyak 100 ribu uni telefon yang sama telah diedarkan kepada golongan B40 di bawah inisiatif Learn From Home. Inisiatif tersebut sudahpun berjalan sejak tahun lepas dan sehingga kini masih belum ada apa-apa laporan telefon bermasalah.


Pengeluar telefon itu, China Mobile, sendiri mengesahkan yang bateri dalam setiap Altitude 3 juga telah digunakan di lebih 4.5 juta unit telefon ke seluruh dunia sejak 2018 tanpa sebarang masalah.

Inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani dan Jaringan Prihatin adalah dua perkara berbeza

YTL Comm. turut mengambil kesempatan memperjelas satu lagi kekeliruan yang katanya berlaku dalam kalangan pengguna. Inisiatif kerajaan negeri Perak yang dikenali sebagai Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) dengan Jaringan Prihation Nasional adalah dua inisiatif yang berbeza walaupun penerima dibawah inisiatif itu menerima telefon yang sama.


Hal ini bermakna, penerima manfaat TCS masih boleh menebus Jaringan Prihatin Nasional jika mereka nak.

Penawaran Jaringan Prihatin Nasional Yes 4G berbeza berbanding telco lain. Yes menawarkan golongan B40 dengan telefon percuma dan data percuma sehingga 30GB selama 12 bulan tanpa deposit, kontrak, ataupun bayaran pendahuluan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad