PlayStation 4 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia pada 20 Disember 2013 pada Harga Bermula RM1799

Sony Entertainment Malaysia hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan konsol generasi baru mereka, PlayStation 4 untuk pasaran Malaysia, dan bakal dijual bermula 20 Disember kelak pada harga bermula RM1799.

S
elain daripada versi asas pada harga RM1799, variasi PlayStation Camera juga turut ditawarkan pada harga RM1899. 
 
 

Seperti pernah diperlihatkan dalam video nyah-kotak sebelum ini, ia membawakan konsol dengan kapasiti 500GB, sebuah DUALSHOCK 4,, headset mono, kabel HDMI, dan juga kabel kuasa.
 

Beberapa bundle akan disertakan untuk jualan PlayStation 4 ini, termasuk aksesori dan alat pelengkap untuknya.
 

Pra-tempahan akan dimulakan pada 15 November ini di beberapa kedai Sony terpilih sekitar Lembah Klang.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad