Tawaran Baiki barangan Samsung anda dengan separuh harga sahaja!


Baiki barangan Samsung anda dengan separuh harga sahaja!

Berita baik untuk penduduk di Pantai Timur dan negeri yang terlibat dengan banjir, syarikat Samsung Malaysia berbesar hati untuk membaiki barangan Samsung anda dengan hanya separuh harga sahaja.

Selain itu, Samsung akan menyediakan perkhidmatan pembersihan dan pemeriksaan secara percuma untuk kesemua barangan mereka yang mengalami kerosakan akibat banjir.

Untuk membaik pulih barangan pula, pengguna hanya dikenakan caj sebanyak 50 peratus sahaja daripada harga sebenar.

Apa sahaja barangan Samsung anda yang rosak akibat bencana banjir, anda boleh ke cawangan Samsung berhampiran.

Antara barangan Samsung yang boleh dibaiki ialah telefon bimbit, televisyen, kamera, penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh dan banyak lagi.

Promosi sehingga 31 Januari ini hanya sah di negeri Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat Facebook mereka atau laman sesawang Samsung di www.samsung.com.my

[Sumber Foto: Samsung Mobile Malaysia]
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad