Antara 5 Telefon Asas Yang Mempunyai Jangka Hayat Bateri Sehingga Sebulan

5 Telefon Asas Yang Mempunyai Jangka Hayat Bateri Sehingga Sebulan

Mungkin pada pandangan sesegelintir, telefon yang bukan dalam kategori smartphone atau kini lebih dikenali dengan telefon asas sudah tidak lagi relevan, namun telefon itu masih lagi penting lebih-lebih lagi bagi golongan yang mementingkan ketahanan bateri.

Lihat sahaja ketika beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar baru-baru ini, antara masalah utama yang timbul adalah masalah perhubungan apabila bateri telefon sudah kehabisan. Sebagaimana yang kita tahu, jangka hayat bateri telefon pintar hanya sekitar dua hari sahaja manakala jangka hayat bateri telefon asas yang terkini boleh mencecah sehingga sebulan.

Disini kami kongsikan beberapa telefon asas yang mempunyai jangka hayat yang lama berserta dengan harga dan spesifikasi masing-masing. Semoga senarai ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kini mencari-cari telefon yang mempunyai jangka hayat bateri yang lama.

1 - Nokia 105 

Telefon asas keluaran Nokia ini dikatakan mempunyai bateri yang tahan sehingga 35 hari(stand by). Selain mempunyai paparan berwarna, telefon ini juga dikatakan bebas habuk dan tahan lasak memandangkan luarannya diperbuat dari bahan asas yang kukuh.

Keluaran : Nokia
Model : Nokia 105
Bateri : 35 Hari (Standby), 12.5 jam(Masa bercakap)
Berat : 70gram 
Harga : RM60 ~ RM80


2 - Samsung Keystone 2

Dengan rekabentuk yang nipis, telefon keluaran samsung ini datang dengan pakej lengkap sebagai telefon asas. Telefon ini dicipta dengan meletakkan keselesaan pengguna sebagai objektif terpenting kewujudannya. Memetik spesifikasi telefon ini dari laman rasmi Samsung, telefon ini dikatakan mempunyai ketahanan bateri sehingga 30 hari untuk masa standy. Lebih menarik, telefon ini juga turut didatangkan dengan kamera asas.

Keluaran : Samsung
Model : Samsung Keystone 2
Bateri : 30 Hari (Standby), 7 jam(Masa bercakap)
Berat : 65gram 
Harga : RM80 ~ RM100


3 - Nokia 108

Nokia 108 merupakan sebuah telefon asas dual sim keluaran Nokia. Antara kelebihan telefon ini adalah papan kekuncinya yang timbul selain dilengkapi dengan kamera 0.3 megapiksel. Telefon ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 31 hari bagi masa standy.

Keluaran : Nokia
Model : Nokia 108
Bateri : 31 Hari (Standby), 13.8 jam(Masa bercakap)
Berat : 70.2 gram 
Harga : RM90 ~ RM110


4 - Samsung La Fleur C3520

Samsung La Fleur C3520 adalah telefon lipat keluaran samsung dan mula diperkenalkan di pasaran pada tahun 2011 lagi. Walaupun sudah lama, telefon ini masih lagi boleh didapati di pasaran. Menurut GSM Arena, telefon ini mempunyai ketahanan bateri sehingga 25 hari.

Keluaran : Samsung
Model : Samsung La Fleur C3520
Bateri : 25 Hari (Standby), 9jam 10minit(Masa bercakap)
Berat : 97.3 gram 
Harga : RM118


5 - Nokia Asha 501

Walaupun tergolong dalam kategori 'smartphone' juga, telefon ini dirasakan layak dimasukkan dalam senarai ini dek kerana penjimatan bateri yang ditawarkan olehnya walaupun berskrin besar dan mempunyai pelbagai fungsi. Penjimatan ini adalah kerana ia tidak dilengkapi dengan ciri 3G yang kini menjadi kewajipan bagi setiap smartphone. Apa yang menarik, ianya dikatakan dapat bertahan sehingga 48 hari dengan mod standby.

Keluaran : Nokia
Model : Nokia Asha 501
Bateri : 48 Hari (Standby), 17 jam(Masa bercakap)
Berat : 98.2 gram 
Harga : RM150 - RM170

**Kesemua data diambil dari laman web rasmi telefon masing-masing dan laman web gsmarena.com.
**Harga telefon diambil dari beberapa iklan di Mudah.my

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad