Ketahui Cara Untuk Memadam Imej Sensitif Dari Google Street View Malaysia


Baru-baru ini Google telah memperkenalkan Google Street View bagi memperlihatkan jalan-jalan di seluruh Semenanjung Malaysia. Menurut Google ia masih berada dalam 90 peratus siap keseluruhannya.

Baru-baru ini Google telah memperkenalkan Google Street View bagi memperlihatkan jalan-jalan di seluruh Semenanjung Malaysia. Menurut Google ia masih berada dalam 90 peratus siap keseluruhannya.

Memetik aktikel berjudul “16 tempat menarik yang harus anda lawati menggunakan Street View” yang dikeluarkan Amanz.my, terdapat gambar kenderaan beserta nombor pendaftaran yang masih tidak dipadam atau dikaburkan.

Amanz juga ada menceritakan sekiranya mengikut undang-undang, pihak Google harus memadamkan atau mengaburkan muka individu dan nombor pendaftaran kenderaan yang mereka ambil.




Jangan risau anda masih mempunyai cara untuk memadam imej sensitif dari Google Street View Malaysia sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Street View ini dan menemui imej peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan milik anda yang masih tidak dipadam atau dikaburkan,anda boleh ikuti langkah seperti dibawah bagi mengarahkan pihak Google untuk memadamkan atau mengkaburkannya:-

    Buka laman Google Maps.

    Tarik dan letakkan logo Pegman (watak kuning Street View) untuk mengakses fungsi Street View

    Cari gambar yang ingin anda kaburkan.

    Pada bahagian bawah sebelah kanan anda akan menemui butang “Report Inappropriate Street View” dan tekan butang “Submit”.

    Pihak Google kini akan memproses permintaan anda. Sekiranya alamat Emel disertakan pihak Google juga akan menghantarkan mesej kepada anda selepas imej diubah mengikut kehendak anda.

Kesimpulannya disebalik kehebatan instant Google Street View ini masih terdapat kebaikkan dan keburukkannya.

Dipetik dari Amanz.my

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad