Apps Who Deleted Me on Facebook – Aplikasi Mengesan X Kawan Di Facebook


Apps Who Deleted Me on Facebook – Aplikasi Mengesan Mantan Kawan Di Facebook

Secara purata seseorang individu di Malaysia mempunyai lebih daripada dua akaun media sosial.

Secara peribadi kami mempunyai akaun pada kesemua media sosial yang ada. kerana mahu mencuba.

Apa yang kami sedari ialah adalah sukar untuk mengesan siapa yang menjadi “kawan” di media sosial. Sekiranya anda ingin mengesan siapa tidak lagi mahu berkawan dengan anda di Facebook, aplikasi Who Deleted Me on Facebook kini boleh anda gunakan.

Aplikasi ini akan mengesan siapakah yang telah menyahkawan anda ataupun mematikan akaun Facebook mereka. Kini anda akan mengetahui siapakah kawan dan siapakah lawan.

Ini juga memudahkan anda untuk menghalang terus mereka sebagai tanda tidak puas hati. Who Deleted Me On Facebook boleh dimuat turun untuk peranti Android dan iOS. Terdapat juga pemalam untuk Chrome.

Muat Turun : Who Deleted Me On Facebook untuk Android

Muat Turun : Who Deleted Me On Facebook untuk iOS

Muat Turun : Who Deleted Me On Facebook untuk Google Chrome

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad