Gigabyte U21MD model Notebook mesra pengguna


Gigabyte memperkenalkan produk menarik di pameran Consumer Electronic Show (CES) 2014, di Las Vegas, Amerika Syarikat baru-baru ini. Produk pelbagai fungsi 3-dalam-1 yang disebut sebagai Gigabyte U21MD.

Gigabyte U21MD memiliki skrin berukuran 11.6 inci. Skrin boleh dipusing dan dilipat untuk digunakan sebagai sebuah tablet.



Bukan itu saja, terdapat juga dock station yang membolehkan peranti dipakai sebagai sebuah komputer peribadi.



Dengan dock station itu, Gigabyte U21MD boleh dihubungkan dengan paparan luaran, papan kekunci dan keperluan komputer lain.


































Dock station dilengkapi dengan dua port USB 3.0, dua port USB 2.0, HDMI, Ethernet, jack audio serta pengimbas kad SD.

Model ini dilengkapi skrin sentuh pelbagai sentuhan dengan resolusi 1366 x 768 piksel. Di dalamnya terdapat prosesor Intel Core i5-4200U Haswel atau Pentium 3558U. 

Spesifikasi lainnya, terdapat SSD hingga 256GB, serta HDD hingga 1TB. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad