Google bakal pasang Wifi Percuma Di Seluruh Dunia


Google Ingin Melancarkan Perkhidmatan Wifi Percuma Di Seluruh Dunia

Nampaknya, dalam beberapa tahun lagi, kita tidak perlu membelanjakan duit di kafe-kafe kopi hanya untuk menggunakan perkhidmatan WiFi percuma di situ.

Google kini menyampaikan matlamat mereka untuk melancarkan perkhidmatan WiFi percuma di seluruh dunia, dan New York menjadi ‘perhentian’ pertama untuk merealisasikan matlamat tersebut.


Syarikat gergasi internet itu juga menubuhkan sebuah syarikat yang khusus untuk melaksanakan projek tersebut dan ia dipanggil sebagai Sidewalk Labs.

Sidewalk Labs adalah sebuah syarikat bebas, yang dimiliki oleh Google dan mereka akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kehidupan di bandar raya melalui inovasi teknologi.



Difahamkan, kemudahan ini akan dilaksanakan melalui 10,000 pondok telefon lama di New York yang akan beralih sebagai ‘Wi-Fi pylons’.

Malah, pondok telefon itu akan dinaik taraf dengan pelaksanaan kemudahan mengecas telefon bimbit, kemudahan panggilan telefon tempatan percuma dan paparan hub maklumat skrin sentuh, dan maklumat arah transit.


Menurut Bloomberg News, perkhidmatan 'Wi-Fi pylons' itu akan dilaksanakan di seluruh New York pada musim luruh ini.

- Awani
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad