Pra-Tempahan iPhone 13 di Malaysia Telah dibuka!

Picture
Siri iPhone 13: Ini saluran untuk lakukan tempahan awal

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Pra-Tempahan iPhone 13 di Malaysia mula dibuka Hari ini, 1 Oktober jam 12.01 AM

Orang ramai boleh membuat pra-tempahan untuk iPhone 13 dan iPhone 13 Pro bermula dari tengah malam ini. Pra-tempahan di Malaysia secara rasminya bermula pada 1 Oktober ini dan mula memasuki pasaran pada Jumaat minggu depan, 8 Oktober 2021.


Anda yang berminat, boleh mendapatkannya dari wakil jualan yang sah dan juga syarikat-syarikat telekomunikasi yang terpilih.

Harga iPhone 13 di Malaysia

Apple menawarkan storan minima bagi iPhone 13 dari 64GB. Manakala bagi iPhone 13 Pro pula ia menawarkan pilihan storan sehingga 1TB. Untuk pilihan warna pula, iPhone 13 mini dan iPhone 13 pula boleh didapati dalam pilihan Pink, Blue, Midnight, Starlight dan Red.


Bagi model-model Pro pula, ia boleh didapati dengan pilihan warna Sierra Blue, Silver, Gold dan Graphite.

Berikut adalah harga yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia:

5.4″ iPhone 13 mini

  • 128GB – RM3,399
  • 256GB – RM3,899
  • 512GB – RM4,799

6.1″ iPhone 13

  • 128GB – RM3,899
  • 256GB – RM4,399
  • 512GB – RM5,299



6.1″ iPhone 13 Pro

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,299
  • 1TB – RM7,199

6.7″ iPhone 13 Pro Max

  • 128GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,799
  • 512GB – RM6,699
  • 1TB – RM7,599



Di manakah anda boleh mendapatkan iPhone 13 secara dalam talian?

Shopee menerima pra-tempahan siri iPhone 13 dari tengah malam ini melalui penjual yang sah yang menyertai seperti

Selain Shopee, Lazada juga menawarkan iPhone 13 dan iPhone 13 Pro. Tetapi hanya dijual bermula dari 8 Oktober 2021.

Syarikat-syarikat telekomunikasi yang menawarkan iPhone secara kontrak

Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile turut menawarkan pemilikan iPhone 13 mengikut pelan-pelan masing-masing yang telah ditetapkan.



SOURCE: Hteknologi

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad