Singapura Akan Mendapatkan Bekalan Elektrik Dari Ladang Solar Terbesar Dunia Di Australia Menjelang 2027

Picture
Jauh tarik letrik

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Singapura ialah negara kecil yang tidak mempunyai ruang yang besar jika dibandingkan dengan jiran terhampir mereka.

Bagi menjadikan Singapura negara yang lebih lestari dalam mencari sumber tenaga elektrik mereka perlu kreatif seperti membina ladang solar di atas permukaan takungan air.

Tetapi menjelang 2027, mereka akan lebih kreatif dengan mendapatkan bekalan tenaga elektrik dari ladang solar yang terletak lebih 5000 km di Australia.


Projek Australia-Asia PowerLink yang menelan belanja $22 billion (~RM92 bilion) akan menghubungkan Singapura dengan ladang solar milik Sun Cable yang terletak di Darwin, Australia.

Ladang solar terbesar di dunia di kawasan seluas 12,000 hektar ini akan menjana sehingga 20 gigawatts dan turut menempatkan pek bateri terbesar dunia dengan kapasiti mencecah 42 GWh.


Menggunakan kabel dasar laut, Australia-Asia PowerLink akan membekalkan 3.2 GW tenaga kepada Singapura yang bersamaan dengan 15% keperluan negara tersebut yang mampu menguasakan lebih 3,000,000 rumah.

Tahun ini Singapura telahpun membuka ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara.

Menjelang 2025, Singapura menyasarkan untuk meningkatkan penjanaan kuasa elektrik dengan sumber lestari sebanyak empat kali ganda. Mereka sudahpun mempunyai dasar yang jelas dan memulakan langkah awal untuk menggunakan sumber lestari.

Sementara itu di Malaysia kini mempunyai menteri alam sekitar yang menyalahkan tuhan apabila berlaku bencana alam.

Ladang Solar Terapung Terbesar Asia Tenggara Kini Beroperasi Di Singapura

Ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara mula beroperasi di Singapura hari ini.

Ia terletak di kolam takungan air Tengeh dengan keluasan 45 padang bola sepak dan membekalkan kuasa kepada operasi kolam-kolam takungan air di Singapura dengan janaan kuasa puncak 60 MWp.


Sebanyak 122,000 panel solar digunakan pada ladang solar dengan keluasan 45 hektar ini.

Ia mampu mengurangkan pengeluaran 32 tan karbon dioksida setahun atau 7000 kereta setahun.

Operasi ladang solar diuruskan oleh Sembcorp Industries dengan bantuan Lembaga Kemudahan Awam Singapura (PUB).


Pembinaan ladang solar di atas permukaan air mempunyai beberapa kelebihan.

Pertama sekali ia tidak mengambil kawasan tanah yang diperlukan untuk tujuan lain. Bagi negara kecil seperti Singapura, setiap inci tanah adalah diperlukan.

Keduanya ialah air dari tempat takungan air menyejukkan panel dan meningkatkan prestasi elektrik dijana sehingga 15%.

Fasiliti turut akan dipantau menggunakan dron yang boleh mengurangkan kos operasi sehingga 30% berbanding menggunakan pekerja manusia.


Sebanyak empat lagi ladang solar terapung akan dibina di Singapura sebagai langkah meningkatkan penjanaan tenaga secara lestari sebanyak empat kali ganda menjelang 2025. Sebelum ini ladang solar terapung dibina di Selat Tebrau berhampiran Woodlands.

SOURCE: amanz​.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad