Microsoft lancar Surface baru lebih nipis & bateri tahan 10 jam

Microsoft Surface baru lebih nipis & bateri tahan 10 jam

Syarikat eletronik terkenal dunia Microsoft telah melancarkan tablet terbarunya iaitu Microsoft Surface 3 yang sesuai untuk kerja harian.

D ipetik dari IT@Metro, langkah Mircrosoft menampilkan Surface 3 ini pastinya sangat dialu-alukan dengan rekaan yang nipis dan ringan pada harga lebih mampu dimiliki berbanding ultrabook.


Surface 3 akan datang dengan kenipisan 8.7 mm dan berat hanya 622 gram. Selain itu Surface 3 juga akan mempunyai perbezaan berbanding Surface 3 Pro.

Namun paling utama, CPUnya menggunakan Atom x7 quad core yang memiliki kemampuan jangka hayat bateri sehingga 10 jam berbanding Intel Core- i.


Selain itu, Surface 3 akan mempunyai skrin bersaiz 10.8 inci dengan 2GB, 4GB RAM dan setoran 64GB, 128GB serta slot USB 3.0 untuk mikroSD, jek, Mini DisplayPart.

Surface 3 akan dijual pada harga bermula RM1,879.


[Sumber foto: thenextweb]

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad