Apple Tidak Akan Membaiki Peranti Yang Disenaraikan Sebagai Hilang

Bagus Apple!

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Apple Tidak Akan Membaiki Peranti Yang Disenaraikan Sebagai Hilang

Igauan buruk pemilik telefon pintar ialah peranti mereka menjadi mangsa curi. Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mencari peranti yang dicuri seperti menjejak lokasi dan mengunci peranti.

Picture
Tetapi kadang kala pencuri bijak dan mendapatkan bantuan dari pihak ketiga untuk membuang kesemua halangan ini. Tetapi menurut laporan MacRumors, Apple kini tidak lagi akan membaiki sebarang peranti yang disenaraikan sebagai hilang.


Apabila peranti hilang, pemilik boleh memfailkan statusnya dengan menyertakan nombor IMEI yang kemudiannya memasuki pangkalan data MobileGenius dan GSX.

Picture
Apple dipercayai sudah menyebarkan memo untuk pekerja pusat servis peranti untuk melihat sama ada peranti yang dihantar adalah peranti yang dicuri ataupun disenaraikan sebagai hilang.


Apple sudahpun mempunyai polisi yang tidak akan membaiki peranti yang tidak boleh dinyahkunci oleh mereka yang mendakwa adalah pemilik atau ditandakan sebagai hilang menerusi ciri Find My.

SOURCE: macrumors

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad