Mark Zuckerberg rugi lebih RM25 bilion sebaik sahaja facebook bermasalah

Picture
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg - Foto Bloomberg

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Kekayaan Zuckerberg merosot lebih AS$6 bilion

NEW YORK: Kekayaan peribadi Mark Zuckerberg susut lebih daripada AS$6 bilion (RM25 bilion) dalam masa hanya beberapa jam, menyebabkan kedudukannya dalam senarai manusia terkaya di dunia jatuh satu anak tangga.

Picture
Kejatuhan harga saham menyebabkan kekayaan Zuckerberg merosot pada AS$121.6 bilion. - Foto REUTERS

Ia berlaku selepas seorang pemberi maklumat tampil ke depan manakala gangguan pula menyebabkan produk utama Facebook Inc tidak dapat berfungsi dalam talian.


Penjualan besar-besaran menyebabkan saham gergasi media sosial itu menjunam 4.9 peratus, menambah kepada penurunan kira-kira 15 peratus sejak pertengahan September.

Picture
Zuckerberg mohon maaf kepada pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp

Penurunan harga saham itu menyebabkan kekayaan Zuckerberg jatuh kepada AS$121.6 bilion (RM507.8 bilion), meletakkannya di bawah Bill Gates ke tempat kelima dalam Bloomberg Billionaires Index.


Kekayaannya susut daripada hampir AS$140 bilion (RM584.7 bilion) hanya dalam masa beberapa minggu, demikian menurut indeks berkenaan.



Pada 13 September lalu, Wall Street Journal mula menerbitkan beberapa siri artikel berdasarkan dokumen dalaman, yang mendedahkan Facebook mengetahui pelbagai masalah dihadapi oleh rangkaian produknya, seperti ancaman Instagram terhadap kesihatan mental remaja perempuan dan maklumat tidak benar mengenai rusuhan Capitol pada 6 Januari lalu.


Laporan berkenaan menarik perhatian pegawai kerajaan dan seorang pemberi maklumat tampil ke depan pada Isnin.

Sebagai tindak balas, Facebook menegaskan bahawa isu yang dihadapi oleh produknya, termasuk polarisasi politik adalah rumit dan bukan disebabkan oleh teknologi semata-mata.

"Saya merasakan ia memberikan ruang kepada orang ramai untuk beranggapan bahawa perlu ada penjelasan teknologi atau teknikal berhubung isu polarisasi politik di Amerika Syarikat (AS)," kata Naib Presiden Hal Ehwal Global Facebook, Nick Clegg kepada CNN. -Bloomberg

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad