Far Cry 3 Ditawarkan Percuma Untuk PC Sehingga 11 September

Tahu tak apa itu kegilaan?


Ubisoft telah menawarkan Far Cry 3 secara percuma bermula sekarang sehingga 11 September 2021, ia adalah untuk PC sahaja dan melalui Ubisoft Connect iaitu klien bagi permainan Ubisoft.


Far Cry 3 pertama kali dikeluarkan pada tahun 2012 dan mengikut watak bernama Jason Brody yang bercuti bersama rakan di Pulau Rook akan tetapi mereka tidak menyedari yang pulau tersebut merupakan kubu kepada kumpulan lanun.




Berbanding permainan Far Cry sebelum Far Cry 3 dan juga selepas permainan ini, boleh dikatakan ia mempunyai penceritaan yang terbaik dengan pelbagai watak menarik hadir. Jika anda tidak memiliki permainan ini lagi, ini adalah peluang untuk mendapatkannya secara percuma.


Ubisoft Connect: Far Cry 3

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad