Kapal Submarin yang hilang dilaporkan hanya dikawal menggunakan Gaming Controller

Kapal Submarin yang hilang dilaporkan hanya dikawal menggunakan Logitech Gaming Controller

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Kapal Submarin yang hilang dilaporkan hanya dikawal menggunakan Logitech Gaming Controller

Dunia baru-baru ini digemparkan dengan laporan kehilangan kapal selam yang membawa pelancong untuk melihat kawasan Kapal Titanic yang berada 3800 meter di bawah paras laut. Kapal selam yang dinamakan sebagai Titan, dimiliki oleh OceanGate Expedition dikatakan telah terputus hubungan selepas 1 jam 45 minit menyelam.

 

Dalam laporan terbaru, CEO OceanGate iaitu Stockton Rush mendedahkan yang kapal selam tersebut dikawal dengan menggunakan Logitech Gaming Controller G F710 yang telah diubahsuai. Gaming Controller G F710 ini dijual pada harga sekitar RM139 $30.


Menurut Stockton Rush lagi, Gaming Controller tersebut telahpun melalui proses percubaan sebelum ia digunakan dan ianya berjalan dengan lancar. Beliau juga tidak dapat memastikan adakah Gaming Controller tersebut adalah salah satu punca kepada kehilangan kapal selam tersebut.



Pada ketika ini, kapal selam tersebut masih lagi dalam usaha mencari dan menyelamat. Kapal selam tersebut dikatakan membawa empat orang pelancong dan seorang pengendali. Salah seorang pelancong yang berada dalam kapal selam tersebut adalah Hamish Harding, seorang jutawan British yang berusia 59 tahun. Harga tiket yang dikenakan oleh OceanGate Expedition adalah sekitar RM1.16 juta ($250K). 


(Sumber)

SOURCE: FUZZ.my

Kongsikan artikel ini:


Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad