Apple Inc. dilaporkan bakal melancarkan telefon pintar model terbaru mereka iaitu iPhone Air pada September depan |
11 Apr – Syarikat teknologi terkemuka, Apple Inc. dilaporkan bakal melancarkan telefon pintar model terbaru mereka iaitu iPhone Air yang kini mendapat sentuhan terakhir sebelum ia dijangka akan dilancarkan pada September depan.
Berikutan dengan berita tersebut, sebuah syarikat 3D dari Perancis telah tampil mendakwa mengetahui imej peranti pintar tersebut dan mendedahkannya kepada umum.Pendedehan tersebut dibuat oleh pereka grafik, Martin Hajek yang memperlihatkan model terbaru Apple itu lebih nipis daripada sebelum ini dengan bucu separuh bulat.
Menurut laporan tersebut lagi, peranti pintar baru itu juga akan menampilkan saiz skrin sebesar 4 atau 5.5 inci.
Apple bagaimanapun masih lagi belum mengesahkan tentang maklumat yang didedahkan.