Menyedari hakikat keperluan tablet lebih nipis diperlukan di pasaran, Samsung menyegerakan pengeluaran model terbarunya, Galaxy Tab3 Lite (7 inci) yang lebih nipis dan mudah dibawa ke mana-mana.
Jika sebelum ini, Galaxy Tab 3 biasa mempunyai tahap kenipisan 9.9 milimeter (mm), Tab3 Lite dikurangkan 0.2mm kepada 9.7mm yang turut memudahkannya dimuatkan dalam poket seluar si pemakai.
Ia disediakan bersama bateri 3,600mAh yang mampu memainkan video sehingga lapan jam manakala resolusi paparannya dimaksimumkan untuk menambah pengalaman tontonan yang menarik pada sudut melintang.
Manakala pemprosesan 1.2GHz Dual Core memastikan tiada masalah mengoperasikan tablet ini sama ada melayari Internet, bersosial atau bermain ‘game’.
Hanya satu kamera 2.0 megapiksel disediakan di bahagian belakang sementara beberapa ciri khas Samsung seperti Samsung Apps (30,000 aplikasi) dan Samsung Link yang membolehkan perkongsian dan memainkan kandungan merentasi pelbagai perkakasan pintar lain juga disediakan.