Facebook ambilalih aplikasi WhatsApp

Facebook beli WhatsApp RM62.7b

Urus niaga itu melibatkan AS$4 (RM13.2) bilion tunai, AS$12 (RM39.6) bilion saham dan AS$3 (RM9.9) bilion saham terhad. 
WhatsApp diasaskan oleh seorang pendatang Ukraine yang berhenti kolej Jan Koum dan alumni Stanford Brian Acton.

Aplikasi itu melonjak kepada 450 juta pengguna dalam tempoh lima tahun dan bertambah sejuta setiap hari.
"Tidak ada dalam sejarah dunia yang pernah dilakukan seperti ini," kata Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg ketika dihubungi semalam.
Zuckerberg, yang mencetuskan kejutan apabila membeli perkongsian foto Instagram AS$1 (RM3.3) bilion pada pertengahan 2012, juga mendedahkan semalam bahawa dia bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp Koum pada malam 9 Februari lalu.

WhatsApp merupakan aplikasi mesej terawal di telefon pintar yang kini menjadi aplikasi paling popular seluruh Amerika Utara, Asia dan Eropah.

Walaupun bersaing sengit dengan aplikasi seperti Line di Jepun atau WeChat, rata-rata pengguna telefon pintar masih memilih WhatsApp. - Agensi

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad