Masalah dengan pengenalan teknologi selular baharu ialah kekurangan spektrum.
Spektrum frekuensi semakin tinggi mencapai tahap terahertz (THz) diperlukan untuk kelajuan Internet yang pantas tetapi ia mengorbankan jarak maksimum ia boleh dipancarkan.
Contoh terbaik ialah WiFi 5GHz dan 2.5GHz di rumah anda sekarang. Penyelidik sudah memulakan pembangunan teknologi 6G dan ingin menyelesaikan masalah jarak lontaran isyarat yang masih terlalu pendek.
Penyelidik di LG dan Fraunhofer-Gesellschaft mengumumkan kejayaan mereka memancarkan isyarat 6G sehingga jarak 100 meter sekaligus menjadikannya rekod dunia baharu untuk teknologi ini.
Ia memintas rekod terdahulu yang dipegang oleh Samsung hanya mencapai jarak 15 meter sahaja.
Untuk mencapai rekod dunia baharu ini, isyarat 6G dipancarkan menggunakan frekuensi di antara 155 dan 175 GHz dengan tahap kuasa 15 dBm.
Pembangunan 6G akan diteruskan kerana 100 meter masih jarak pancaran yang amat pendek dibandingkan dengan 4G yang boleh merangkumi lingkungan 16 kilometer.
LG Memintas Samsung Untuk Memegang Rekod Dunia Pancaran Isyarat 6G Paling Jauh
Masih terdapat banyak masa untuk mempertingkatkan teknologi 6G kerana ia hanya dijangka beroperasi sekitar 2030.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date