Apple Membangunkan iPhone & iPad Dengan Bateri Tahan Seminggu

Bayangkan hanya perlu lakukan ini seminggu sekali atau lebih kurang.
Sebelum ini teknologi tenaga pintar ini telah digunakan oleh syarikat gergasi seperti Boeing tapi tiada lagi setakat ini mana-mana syariakat yang berfikiran jauh seperti Apple untuk membawa produk ini kepada produk pengguna seperti telefon pintar dan tablet sebagaimana idea yang pernah dikongsikan Apple pada tahun 2011 lalu dan kini tiba masanya bagi idea tersebut dikembangkan.

Apa-apa pun jenis smartphone dan tablet yang ada di pasaran hari ini, semua bateri hanya akan bertahan tidak sampai tempoh 2 hari untuk kegunaan berseterusan.


Dah jadi perkara biasa untuk kita lihat semua orang akan mempunyai lebih dari satu phone, membawa bateri simpanan dan tentunya membawa Powerbank ke mana-mana sahaja mereka pergi.

Syarikat Tenaga Pintar British baru-baru ini mengumumkan mereka telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah "syarikat elektronik antarabangsa" yang kemudiannya menurut sumber kanan Amerika Syarikat, syarikat antarabangsa tersebut adalah Apple dan kerjasama bagi teknologi tersebut telahpun di'patent'kan (petanda ianya akan menjadi realiti).

Dari kerjasama tersebut, Apple dijangka akan mengeluarkan iPhone dan iPad pada masa akan datang yang mana baterinya boleh bertahan selama seminggu hanya dengan sekali caj sahaja.

"Kedua-dua syarikat bekerja bersama-sama dan akan meletakkan sel-sel bahan api yang akan memberikan tempoh seharian mahupun seminggu lamanya di dalam peranti mudah alih dalam masa beberapa tahun ini," kata laporan itu.

Pengarah Operasi Tenaga Pintar, Joe O'Sullivan yang sebelum ini pernah menjadi pegawai di syarikat Apple baru-baru ini juga telah membuka sebuah pejabat baru di San Jose, California yang terletak tidak jauh dari ibu pejabat Apple di Cupertino.

Sebelum ini teknologi tenaga pintar ini telah digunakan oleh syarikat gergasi seperti Boeing tapi tiada lagi setakat ini mana-mana syariakat yang berfikiran jauh seperti Apple untuk membawa produk ini kepada produk pengguna seperti telefon pintar dan tablet sebagaimana idea yang pernah dikongsikan Apple pada tahun 2011 lalu dan kini tiba masanya bagi idea tersebut dikembangkan.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad