Sony Xperia dilengkapi teknologi TRILUMIOUS

Pengeluar telefon pintar Jepun, Sony baru-baru ini memperkenalkan dua produk keluarannya iaitu phablet Xperia T2 Ultra dan T2 Ultra Dual.


Kedua-dua phablet berkenaan memiliki spesifikasi sama, apa yang membezakannya adalah T2 Ultra Dual hadir dengan fungsi dwi kad sim. Sehingga kini, belum ada sebarang pengumuman mengenai harga pasaran bagi kedua-dua phablet ini.



Sony menyasarkan produk terbaru ini untuk golongan menengah. Phablet ini mempunyai skrin berukuran enam inci dengan resolusi HD 720p. 

Inovasi dilengkapi dengan teknologi TRILUMIOUS serta Mobile BRAVIA Engine 2. Di dalamnya, terdapat prosesor quadcore Snapdragon 1.3GHz dan RAM 1GB.



Spesifikasi lainnya termasuklah memori dalaman dengan kapasiti 8GB. Dilengkapi dua kamera, dengan kamera utama 13mp dan kamera depan 1.1mp. Selain itu, kapasiti bateri menjadi sumber tenaganya adalah 3000 mAh.



Peranti ini dijangka dilancarkan di peringkat global termasuklah di China, Asia Pasifik, Timur Tengah serta Afrika. 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad