Aplikasi BlackBerry Messenger (BBM) pada masa ini sudah boleh didapati menerusi telefon pintar Android.
Namun tidak semua pemilik telefon bimbit Android boleh menggunakan aplikasi berkenaan. Ini disebabkan BBM Android hanya menyokong sistem operasi Android ICS atau versi yang lebih atas daripadanya.
Disebabkan itu, pengguna Android dengan versi lebih rendah daripada ICS tak boleh menggunakan aplikasi BBM.
Namun, laporan awal menyatakan BlackBerry bakal menyediakan aplikasi BBM untuk Android 2.3 Gingerbread atau versi yang lebih atas daripadanya.
Langkah itu memberikan manfaat sangat besar buat BlackBerry.
Pada masa ini, walaupun JellyBean tercatat sebagai versi Android paling popular, namun Gingerbread juga memiliki jumlah yang tinggi, mencapai 21 peratus.
Sehingga kini, masih belum ada maklumat rasmi dari BlackBerry berhubung perkara berkenaan.