HomeMotorolaGoogle jual Motorola kepada Lenovo RM9.7 bilion Google jual Motorola kepada Lenovo RM9.7 bilion 0 Admin January 30, 2014 Google setuju menjual Motorola kepada gergasi teknologi China, Lenovo dalam satu urus niaga bernilai AS$2.91 bilion (RM9.7 bilion), selepas dua tahun usaha yang gagal untuk memulihkan pengeluar telefon pintar yang dibelinya pada harga AS$12.5 bilion (RM41.8 bilion). Urus niaga itu mengakhiri penyertaan Google sebagai pengeluar telefon bimbit selepas pembelian terbesarnya dalam sejarah, seperti yang diumumkan pada 2011 dan dimuktamadkan pada 2012. Saingi Samsung Ia juga memberikan kedudukan kukuh kepada Lenovo dalam pasaran telefon pintar dan tablet, yang mana ia bersungguh-sungguh mahu mendapatkan penguasaan sambil memberikan saingan kepada Samsung dan pengeluar lain yang menghasilkan peralatan dikuasai perisian sokongan Google, Android. “Ia membentuk situasi menang-menang,” kata penganalisis Creative Strategies di Silicon Valley, Tim Bajarin. “Google mengekalkan paten dan kumpulan penyelidikan di samping mendapat sokongan rakan niaga, manakala Lenovo mendapat apa yang diperlukan untuk menembusi pasaran telefon pintar Amerika Syarikat (AS).” Satu daripada 10 ramalan industri teknologi dibuat Bajarin pada awal tahun ini termasuklah Google akan memisah atau menjual Motorola, yang mana beliau menjangka rancangan itu sudah lama dirancang. Malah, ketika berada di bawah Google, Motorola gagal mendapatkan penguasaan dalam pasaran telefon pintar yang pantas berkembang yang kini dikuasai oleh firma Korea Selatan, Samsung serta Apple. Google dan Lenovo berkata urus niaga itu adalah baik kepada semua pihak yang terbabit. “Lenovo mempunyai kepakaran dan trek rekod untuk menjadikan Motorola Mobility sebagai peserta utama dalam ekosistem Android,” kata Ketua Eksekutif Google, Larry Page menerusi satu kenyataan. Pesaing global Pengerusi dan Ketua Eksekutif Lenovo, Yang Yuanqing, berkata pembelian itu akan ‘serta-merta menjadikan Lenovo pesaing global yang mantap dalam pasaran telefon pintar’. “Kami akan segera mendapat peluang untuk menjadi peserta global yang kukuh dalam ruang mudah alih pesat berkembang,” katanya. Tags Gajet Google Lenovo Motorola Newer Older