iPhone 7 lonjak saham Apple ke paras tertinggi

Orang ramai mula beratur di luar kedai-kedai Apple untuk membeli iPhone 7 terbharu yang akan diedarkan mulai 16 September. - Foto AFP
iPhone 7 lonjak saham Apple ke paras tertinggi

iPhone 7 lonjak saham Apple ke paras tertinggi PEMINAT iPhone barisan di luar kedai utama Apple di daerah pusat perniagaan di Sydney, hari ini.

Harga saham Apple mencecah paras tertinggi 2016 dengan nilai permodalan pasarannya melepasi paras AS$600 bilion (RM4.00 trilion) buat pertama kali sejak April.


 Ia kerana pertaruhan pelabur bahawa iPhone terbaharu yang akan mula dijual kepada umum Jumaat ini akan mendapat sambutan memberangsangkan.

Dijana laporan sebelum ini yang menunjukkan tempahan awal kukuh bagi iPhone 7, saham Apple menokok sehingga 4.7 peratus kepada AS$113.03 (RM754.27) bagi mencatat kenaikan 10 peratus dalam tempoh tiga hari.


Permodalan pasarannya mencecah hampir AS$607 bilion (RM4.051 trilion), berbanding AS$535 bilion (RM3.571 trilion) bagi Alphabet dan AS$440 bilion (RM2.936 trilion) untuk Microsoft.

Selepas jatuh ke paras terendah dua tahun pada Julai yang menjurus kepada pengurus portfolio menyifatkan saham Apple sebagai kurang berpotensi untuk berkembang, saham syarikat paling bernilai itu melantun semula sebanyak 25 peratus.

Pada Selasa, Sprint berkata tempahan iPhone 7 naik hampir empat kali berbanding pelancaran iPhone 6 tahun lalu. Begitu juga dengan pemantauan yang dibuat T-Mobile.

Satu lagi faktor menyumbang kepada permintaan tinggi terhadap produk Apple ialah persepsi negatif pengguna terhadap pesaing terdekatnya Samsung dari Korea Selatan. Samsung akan memanggil baik 1,858 unit telefon Galaxy Note 7 disebabkan masalah bateri. - Reuters

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad