Tenko T7 memasuki pasaran tempatan pada harga RM149, menjadikannya pilihan tablet berkualiti untuk kanak-kanak pada harga berpatutan.
Tawaran hebat ini membolehkan semua golongan memiliki kemudahan canggih kerana tidak semua ibu bapa mampu menyediakan peralatan canggih yang biasanya ditawar pada harga agak membebankan.
Tablet selebar tujuh inci itu didatangkan bersama ciri pemprosesan Cortex A8 1.2GHz dan Android 4.1 Jelly Bean, membolehkan pelanggan mengakses mana-mana aplikasi Google Play Store.
Aplikasi lain seperti kamera dual depan (0.3MP) dan belakang (0.3MP), 4GB flash / 512MB RAM DDRIII dan microSD sehingga 32GB.
Pelanggan baru menggunakan tablet pastinya berpuas hati dengan paparan resolusi skrin iaitu 1024 x 600 menyamai fungsi sensor putaran imej automatik seperti telefon pintar.
Selain kelebihan wifi, tablet dengan lima kunci sesentuh itu membenarkan anda menonton video atau gambar pada televisyen menerusi sambungan HDMI.