China Mobile, penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbesar China, mula menjual iPhone kepada jutaan pelanggannya di seluruh negara itu, sekali gus mengakhiri penantian Apple selama enam tahun di pasaran utama gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu.
Kombinasi asas pelanggan China Mobile sebanyak 760 juta dan rancangannya melancarkan rangkaian 4G terbesar di dunia diunjur menjanjikan pakatan perniagaan menguntungkan.
Di cawangan China Mobile di Shanghai, penuntut universiti Jiang Yong mengambil iPhone 5s berwarna perak yang ditempahnya. |
China mula pasar iPhone Tim Cook (kanan) and Xi Guohua (kiri) bersama pelanggan pada pelancaran iphone Apple di Beijing, semalam. |
Di Nanjing, lebih 200 berbaris lebih 40 meter di pejabat China Mobile seawal pagi, semata-mata untuk membeli iPhone, demikian menurut catatan di sebuah blog.
Sungguhpun penganalisis menyaksikan China Mobile meraih pelanggan baru dan Apple pula menambah perkongsian pasaran di China, mereka memberi amaran Apple sedang menjejaki Samsung dan pesaing tempatan yang menawarkan telefon pada harga lebih murah.
Samsung menguasai lebih 18 peratus perkongsian pasaran telefon pintar China setakat suku ketiga 2013, demikian menurut Analysys International, manakala Apple berada di tangga kelapan dengan 3.5 peratus perkongsian pasaran.
Bagaimanapun, Apple tidak boleh mengetepikan negara paling padat p enduduk itu, yang mana Ketua Eksekutifnya, Tim Cook, mengunjurkan negara itu bakal melangkaui AS untuk muncul pasaran terbesarnya pada masa depan.
IPhone dijual di China oleh dua lagi syarikat telekomunikasi utama, 10 kedai Apple di tanah besar China dan kedai dalam talian Taobao Mall dikendalikan Alibaba Group.
“China Mobile dan Apple akhirnya bergandingan selepas lebih enam tahun berunding,” kata Pengerusi China Mobile, Xi Guohua, di Beijing.
“Perkongsian ini membenarkan kami membawa iPhone ke tahap lebih tinggi di China, menggabungkannya dengan rangkaian terpantas,” kata Cook.