Syarikat Gergasi Korea Samsung, LG lancar jam pintar terbaharu


Samsung, LG lancar jam pintar terbaharu

Dua gergasi teknologi terkemuka Korea, Samsung Electronics Co Ltd dan LG masing-masing memperkenalkan model jam pintar terbaharu pada Khamis lalu yang memuatkan penambahbaikan fungsi dan rekaan.

Gear S, Samsung


Pengenalan terbaharu itu dilihat sebagai satu daripada usaha mereka untuk terus menerajui pasaran di tengah persaingan sengit peranti mudah alih global.



Teknologi 3G


Model Gear S keluaran Samsung adalah jam pintar pertama syarikat itu yang memiliki keupayaan teknologi 3G bagi membolehkannya berfungsi sendiri tanpa dihubungkan dengan telefon pintar untuk panggilan telefon disokong sambungan Bluetooth dan WiFi.

Pengguna boleh membuat dan menerima panggilan terus daripada jam pintar masing-masing atau menjawab panggilan yang sambungkan daripada telefon pintar mereka.

Bahkan, jam pintar itu dipertingkat dengan keupayaan menerima makluman daripada rangkaian sosial, kalendar dan aplikasi yang digunakan pengguna seperti dalam telefon pintar.

Gear S, Samsung


"Ia membolehkan pengguna memiliki akses sebenar dalam kehidupan mereka tidak kira di mana atau bila-bila masa pun juga," kata Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah alih Samsung, JK Shin.

Kini pengeluar peranti mudah alih dan perisian bergelut untuk mengejar inovasi dalam sektor telefon pintar kepada peranti boleh dipakai.

Jualan jam pintar global dijangka akan terus mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 500 peratus daripada 1.9 juta unit pada 2013, berdasarkan Penganalisis Pasaran Strategic Analytics.

Sementara itu, kehadiran jam pintar LG yang dikenali dengan nama; G Watch R, memiliki rekaan jam tangan tradisional dengan rekaan 1.3 inci paparan plastik OLED yang disebut syarikat itu sebagai berkata teknologi yang menyediakan paparan imej lebih jelas walaupun berada di bawah cahaya terang.

Ia mampu beroperasi sehingga 30 minit dalam tekanan dalam air sedalam satu meter dan mampu menerima makluman panggilan atau mesej pesanan ringkas tidak berjawab mahupun notis kalender atau ramalan cuaca.


G Watch R, LG

Tambah nilai


"Kami mahu memberikan tambah nilai kepada rekaan moden dengan mengekalkan rekaan asal G Watch dan memiliki gaya klasik G Watch R," kata Presiden Unit Peranti Komunikasi Mudah Alih LG, Park Jong-Seok, dalam kenyataannya yang menambah harganya akan diumumkan apabila dipasarkan menjelang suku keempat tahun ini.

Manakala, Samsung pula menyatakan Gear S yang dibangunkan dengan reka bentuk skrin melengkung berukuran dua inci dan paparan Super AMOLED akan mula dipasarkan bermula Oktober ini. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad