Apple bakal perkenal iPad skrin 12.9 inci awal tahun 2015

APPLE Inc dijangka mengeluarkan iPad terbesar menjelang suku pertama tahun depan.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



APPLE Inc dijangka mengeluarkan iPad terbesar menjelang suku pertama tahun depan.

SAN FRANCISCO: Apple Inc dijangka mengeluarkan iPad terbesar menjelang suku pertama tahun depan, kata sumber yang rapat dengan syarikat itu.

Model terbaharu itu nanti dikatakan akan mempunyai skrin 12.9 inci, lebih besar daripada yang dikeluarkan sekarang iaitu 9.7 inci dan 7.9 inci.

Picture
Syarikat itu yang berpangkalan di Cupertino di sini, dilaporkan sudah memulakan gerak kerja pengeluaran iPad itu dengan kumpulan pembekalnya sejak hampir setahun lalu.

Jurucakap Apple, Trudy Muller bagaimanapun tidak mengulas.

Sumber berkata, Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook, sudah lama berusaha mengembangkan rangkaian iPad.

Jualan tablet, produk dengan sumbangan pendapatan kedua terbesar kepada Apple selepas iPhone, menyusut sejak dua suku tahunan berturut-turut berikutan ketiadaan model baharu dan peralihan minat pengguna terhadap telefon pintar dengan skrin lebih besar.

Pembekal Apple baru-baru ini mula mengeluarkan versi ditambah baik iPad 9.7 inci serta varian terkini iPad Mini yang disasarkan untuk jualan pada suku keempat tahun ini bagi memanfaatkan musim perayaan.

Picture
Apple juga menambah saiz iPhone yang dijangka dilancarkan 9 September ini. iPhone terbaharu dalam saiz 4.7 inci dan 5.5 inci dikatakan sudah mula dikeluarkan sejak Julai.

Dalam pada itu, pelanggan berkemungkinan yang dijangka menggunakan iPad berskrin lebih lebar ialah sektor perniagaan kerana peranti itu berupaya melakukan lebih banyak fungsi berbanding laptop.

Picture
Julai lalu, Apple mengumumkan kerjasama dengan International Business Machines Corp (IBM), dan Cook dilaporkan sebagai berkata pakatan itu bertujuan menjual produk kepada kalangan syarikat besar sekali gus akan menjadi pemangkin pertumbuhan bagi iPad pada masa depan.

Penyelidik di IDC, Jitesh Ubrani, berkata walaupun jualan tablet sudah menyederhana, beliau mengunjurkan sektor perniagaan, sekolah dan jabatan kerajaan akan menjadi pembeli utama peranti berkenaan. Kumpulan berkenaan merangkumi 16 peratus jualan tablet pada suku kedua tahun ini, naik daripada 13 peratus tahun lalu.

"Kami jangka tablet dengan skrin lebih besar akan mencatat jualan lebih tinggi," katanya. - Bloomberg

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad