Twitter Bakal buka Pejabat Rasmi di Indonesia


Pejabat Rasmi Twitter Bakal Dibuka di Indonesia

Laman soscial terkenal iaitu Twitter memutuskan untuk membuka pejabatnya di Indonesia.

Hal ini diungkapkan dari tweet President of Global Revenue and Partnership Twitter, Adam Bain, Jumat 29 Agustus 2014.
"Terima kasih atas sambutannya, Indonesia! Saya di Jakarta hari ini dan Twitter akan segera buka kantor rasmi di sini," tweet Adam Bain.

Tweet itu juga disertakan sebuah foto selfie Bain dan 2 pejawat tertinggi di Twitter dengan berlatar belakang suasana di Hotel Indonesia.

Menurut keterangan rasmi Twitter, perjalanan Bain ini merupakan yang pertama ke Indonesia. Dalam perjalanan ini ia dijadualkan bertemu dengan pelanggan serta mitra Twitter.

"Dengan pejabat yang akan dibuka di Jakarta, kami ingin membuat Twitter lebih berguna dan relevan bagi seluruh masyarakat Indonesia untuk mendapatkan konten yang tepat, serta berhubungan dengan orang lain dan mengekspresikan diri di Twitter," papar Bain.

Menurut dia, Indonesia adalah salah satu pasaran utama di seluruh dunia dan merupakan pasaran berkembang terbesar untuk syarikat dengan berjuta-juta pengguna tempatan, rakan kongsi, dan pengiklan yang menggunakan platform digital ini setiap hari.

Pengguna Indonesia telah menggunakan Twitter untuk pelbagai agenda tahun ini, daripada pilihan raya presiden, bulan Ramadan, bahkan dalam merayakan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-69 tidak lama dulu.

Dengan persekitaran perniagaan yang kondusif pasca pilihan raya Presiden, Twitter percaya sekarang adalah masa yang tepat untuk meningkatkan komitmen dan kehadirannya di Indonesia.

Rancangan pembukaan pejabat baru Twitter di Indonesia ini dikatakannya akan menjadi kenyataan dalam 3 hingga 6 bulan ke hadapan.


"Ini akan menjadi pejabat keenam Twitter di kawasan Asia Pasifik, dan Twitter akan secara aktif mencari sokongan jualan, perkongsian media, serta kakitangan pembangunan perniagaan untuk bekerja dengan pengguna tempatan, rakan kongsi dan pengiklan," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad