Pengguna Twitter kini bukan saja boleh menaik status tetapi boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti dan terbaru pengguna Twitter kini boleh menonton televisyen.
Twitter mengumumkan kerjasama dengan stesen penyiaran Comcast dan unit NBCUniversal yang membolehkan pengguna untuk menonton rancangan televisyen secara langsung menerusi laman sosial itu.
Perjanjian itu yang juga diperluaskan kepada syarikat televisyen dan produser video lain, menggunakan kekunci “Lihat ia” di Twitter yang membolehkan penggunanya menonton secara terus ke program televisyen.
Ini memberikan pelanggannya perkhidmatan TV Xfinity dengan keupayaan untuk menukar saluran, set perakam video digital atau menonton program secara langsung menerusi tweet.