Kamera kompak digital canggih terkini, Casio EX-10, memperkenalkan ciri kendalian mudah pertama di dunia.
Penggemar fotografi yang ingin mengambil gambar setanding profesional dengan kamera berharga berpatutan pasti berpuas hati dengan kamera kompak digital canggih berkenaan.
Tarikan utama model EXILIM terulung Casio ini ialah merakam sembilan imej berbeza dengan sekali tekan butang pengatup.
Fungsi pendakap dwikombinasi melaraskan dua parameter gambar secara automatik, termasuk fokus, bukaan, kecerahan, imbangan putih, kontras dan ketepuan.
Ciri kelebihan lain termasuk binaan logam, skrin LCD 3.5 inci condong 180 darjah, penstabilan imej berasaskan sensor, keupayaan video HD penuh dan sensor CMOS lampu belakang yang merakamkan imej 12MP dalam nisbah tiga aspek.
EX-10 direka dengan kemasan biru-hitam, panel depan dan belakang diperbuat daripada aloi magnesium ringan kukuh, manakala panel atas daripada aloi aluminium berkilat.
Kemudahan ini juga dilengkapi kanta zoom dengan bukaan maksimum F1.8 (lebar) atau F2.5 (hujung telefoto), sensor CMOS prestasi tinggi, enjin EXILIM terkini untuk mendapatkan tindak balas kelajuan tinggi dan selang masa tangkapan gambar sekitar 0.27 saat.
Pengguna boleh menghantar foto secara dalam talian menggunakan Wifi dari jarak jauh dan pengatup jarak jauh.
EX-10 boleh didapati di Malaysia mulai pertengahan bulan ini pada harga RM2,699.