Nokia untung tanpa telefon mudah alih


Nokia tetap untung tanpa telefon mudah alih

Nokia memilik masa depan yang cerah walaupun tanpa segmen perniagaan telefon mudah alihnya.

Saham dalam pengeluar perkakasan tanpa wayar Finland itu melonjak pada Khamis selepas ia melaporkan memiliki unjuran keuntungan lebih tinggi dan pendapatan yang lebih baik selepas dikejutkan dengan berita penjualan segmen telefon mudah alih kepada Microsoft.

Syarikat itu berkata, keuntungan suku kedua naik 20 peratus kepada 213 juta euro (RM904.76 juta) didorong sumbangan keuntungan yang lebih baik daripada unit rangkaian utamanya.

Jualan bersih pada April hingga Jun susut kepada 2.9 bilion euro (RM12.4 bilion) daripada 3.2 bilion euro (RM13.7 bilion) dalam tempoh sama tahun lalu.

Ia susulan penamatan pelaburan serta turun naik mata wang bagi unit rangkaiannya.

Saham Nokia Corp ditutup 7.3 peratus atau 6.14 euro (RM26.24) dalam dagangan di Helsinki Stock Exchange.

Ketua Eksekutifnya, Rajeev Suri, berkata keputusan itu menunjukkan kekukuhan syarikat itu apabila ia menstruktur kembali dan menggunakan pelan perniagaan baru selepas selesai proses penjualan unit mudah alih kepada Microsoft pada April lalu.

Suri memberikan unjuran memberangsangkan bagi unit rangkaian yang menjadi teras baharunya yang kini mewakili 90 peratus kepada pendapatan Nokia.

Beliau berkata, marjin operasi unit itu bagi keseluruhan tahun ini dijangka 'berada pada atau lebih lebih sedikit' daripada sasaran jangka panjangnya antara lima hingga 10 peratus, berdasarkan unjuran terkininya.

"Unjuran kami bagi tahun 2014 kini sudah semakin baik," kata Suri, yang mengambil alih tanggung jawab menerajui Nokia pada 1 Mei lalu.

Suri yang berasal dari India, memulakan kerjayanya di Nokia sejak 1995, dan beliau dikaitkan sebagai individu bertanggung jawab yang berjaya menaikkan kembali syarikat ketika berkhidmat sebagai ketua unit Rangkaian dan Penyelesaian Nokia.

Beliau juga menjangkakan pendapatan bagi unit rangkaian akan mencatatkan pertumbuhan dalam suku kedua tahun ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad