1 April, ya, tetapi ia bukan April Fool.
DNS tersebut sememangnya dilancarkan oleh Cloudflare, bertujuan untuk membantu melancar dan melajukan internet penggunanya.Syarikat tersebut menggunakan kombinasi 1.1.1.1 dan 1.0.0.1 sebagai penyelesaian DNS kepada komputer anda.
Berbeza dengan OpenDNS dan Google DNS, Cloudflare memfokuskan juga kepada privasi pengguna yang mana mereka akan memadam kesemua log DNS selepas 24 jam.
Suka untuk kami ingatkan, ia bukan satu solusi tunggal bagi mendapatkan privasi penuh. Anda masih perlu menggunakan VPN, dan lain-lain tetapan privasi seperti Incognito Mode bagi memanfaatkan sepenuhnya servis ini.
Cuma apa yang kami boleh katakan, pertamanya kami berasa lega kerana ia bukan April Fool (yang ternyata tiada faedah kepada pembaca) dan keduanya, DNS ini benar-benar melonjakkan kelancaran internet.
Jika anda berminat hendak mencuba, masuk ke bahagian konfigurasi rangkaian dahulu.
Buka Network and Sharing Center,
Seterusnya klik pada Local Area Connection – Properties – Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4).
Dari situ, masukkan DNS 1.1.1.1 pada Preferred DNS Server, dan 1.0.0.1 pada Alternate DNS Server. Ikut panduan gambar di bawah.
Tekan butang OK, dan selepas itu, anda boleh terus mencuba tetapan DNS tersebut. Sebarang maklum balas mengenai DNS ini anda boleh tuliskan di ruang komen.