PEKERJA Samsung menunjukkan model terbaru telefon pintar Samsung Z910F (kanan) dan jam pintar SM-R380 pada Persidangan Pembangun Tizen di San Francisco, California.
Samsung lancar telefon baharu Tizen
SAN FRANCISCO: Samsung hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya menggunakan platform Tizen yang bermatlamat untuk memisahkannya dari Google Android dan menyifatkan peranti itu sebagai “Internet of Things.”

Pengumuman produk terbaharu itu dibuat sehari selepas Apple melancarkan versi terbaharu sistem operasi telefon bimbit iOS.
Samsung Z yang direka untuk kegunaan platform Tizen akan mula dijual di Russia pada suku tahun ketiga tahun ini sebelum sampai di pasaran lain.
Kebanyakan peranti keluaran Samsung termasuk telefon pintar Galaxy S menggunakan sistem operasi Android. - AFP