Adnan Shukor dalam ciapan Twitternya pada Selasa menunjukkan tangkap layar forum pasaran pengkalan data tersebut.
Pangkalan Data JPN Pada masa ini disenaraikan untuk dijual dengan harga sekitar RM 35,500
SHAH ALAM - Pangkalan data dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa telah dijual di forum pasaran pangkalan data yang terkenal.
4 juta data peribadi rakyat Malaysia diiklan untuk jualan. Dikatakan data dari API myIDENTITY
Penjual untuk forum tersebut mendakwa ia mengandungi 4 juta data peribadi rakyat Malaysia yang diperoleh daripada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.
Pangkalan data JPN itu disertakan dengan tanda harga 0.2 BTC bersamaan dengan harga sekitar RM35,495.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Adnan Mohd Shukor berkata, pangkalan data tersebut mengandungi maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan alamat tetap, nombor telefon bimbit serta alamat e-mel.
4 juta data peribadi rakyat Malaysia diiklan untuk jualan. Dikatakan data dari API myIDENTITY pic.twitter.com/UboJAwPlnC
— Adnan (xanda) Mohd Shukor (@xanda) September 27, 2021
Katanya, ia turut mengandungi gambar di dalam pangkalan data yang dikelompokkan mengikut tahun kelahiran bermula 1979 hingga 1998.
Tangkap layar forum pasaran pengkalan data tersebut.
“Empat juta data peribadi rakyat Malaysia diiklan untuk jualan. Dikatakan data dari API myIDENTITY,” katanya dalam ciapan di Twitternya pada Isnin.
Pada Jun 2012, my IDENTITY mula dilaksanakan di 10 agensi kerajaan melibatkan JPN, LHDN, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
MyIDENTITY merupakan sebuah platform perkongsian data nasional untuk sektor awam membolehkan agensi kerajaan mendapatkan maklumat peribadi seseorang dari repositori berpusat.
Penyenaraian tersebut di pasaran forum.
Pada Februari lalu, penjual sama telah menyenaraikan pangkalan data yang mengaku berasal dari platform e-dagang tempatan serta daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Versi sampel pangkalan data yang disusun semula oleh si penjual di pasaran forum.
Sinar Harian bagaimanapun sedang mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut daripada agensi kerajaan terbabit.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.