Lenovo memperkenal peranti mudah alih Vibe Z2 Pro-Phablet


Lenovo perkenal Vibe Z2 Pro-Phablet

BERCAKAP mengenai peranti mudah-alih, jenama Lenovo merupakan salah satu yang hangat diperkatakan dalam kalangan pengguna tempatan sejak setahun dua ini. 

Kini Lenovo menambah satu lagi portfolio baharu di bawah penawaran mereka, dinamakan sebagai Lenovo VIBE Z2 Pro.

Lenovo Vibe Z2 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6-inci dengan paparan 2K. Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan spesifikasi yang terkini, iaitu Snapdragon 801 2.5Ghz, memori sebanyak 3GB RAM, serta dilengkapi dengan sokongan 4G LTE.

Pihak Lenovo juga turut dilihat memfokuskan kepada bahagian rakaman gambar, di mana melalui kamera 16-megapixel, Lenovo VIBE Z2 Pro menawarkan sokongan OIS dan juga rakaman video 4K.

Peranti ini turut hadir dengan rekaan kerangka yang tidak boleh ditanggalkan, serta memberikan beberapa ciri-ciri premium pada rekaan kerangkanya. Untuk bahagian sistem operasi, Lenovo VIBE Z2 Pro dilengkapi Android 4.4 KitKat dan menggunakan antaramuka khusus dinamakan Vibe UI 2.0.

Lenovo VIBE Z2 Pro ini dijangka dipasarkan bermula bulan September depan. Harga jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad