Oleh kerana ramai yang bertanya di Twitter/Instagram, jadi ini review ringkas: Watch_Dogs.
Ada yang beritahu grafik game ini sangat teruk di PS3.
Jadi kena faham sebenarnya game ini dibangunkan untuk PS4 tetapi atas permintaan ramai, mereka terbitkan juga versi PS3, PC, Xbox dan Wii. Maka terpaksalah Ubisoft downgrade banyak benda terutamanya dari segi grafik mengikut kemampuan setiap konsol untuk menanggung.
Untuk PS4, grafiknya sangat baik dan tiada masalah setakat ini.
So Watch_Dogs ini berkisar tentang Aiden Pearce, seorang pro hacker yang kerana tindakannya 7 bulan lalu menyebabkan anak saudara dia, Lena terkorban. Aiden mengambil jalannya sendiri untuk menuntut-bela.
Antara sasaran utama adalah teknologi hebat yang dibangunkan kerajaan, Chicago's CtOS, atau Central Operating System. Melalui CtOS ni lah si Aiden ni hack sana, hack sini. Jumpa orang lalu lalang pegang phone, kita pun hack terus akaun bank dia dan sebagainya.
Nak lebih senang, akses CCTV so lebih luas pemandangan untuk aktiviti hacking dilakukan. Asalkan ada teknologi, semua dia boleh akses. Memang awesome!
So kami baru main sampai yang ditunjukkan dalam video ni, banyak lagi masa lapang diperlukan untuk main sampai habis.
Jadi berbaloi atau tidak game ini untuk anda main? Ya berbaloi jika anda bermain dengan PS4, Xbox One atau PC dengan spec yang tinggi (paling kurang RAM perlu 6GB). Selain dari itu, ianya tidak memberikan gambaran sebenar game ini.
Nak kawal kereta dan karakter dalam game ini agak susah pada awalnya sebab pelik sikit dia punya setting asal tapi lama kelamaan anda akan biasa. Kalau nak kawal kereta macam susah, upgrade skill si Aiden terlebih dahulu dan lepas tu tak ada masalah lagi nak memandu macam di GTA5.
So overall untuk setakat ini, Kickbola sebulat suara berpuas hati dengan Watch_Dogs dan penantian lebih satu tahun untuk game ini dilancarkan berbaloi.
Psst: Kalau anda lihat dalam video ni, lampu isyarat tu boleh dihack sebab itu kereta penjahat di belakang berlanggar dengan kereta lain. Penghalang jalan yang tiba-tiba terkeluar tu pun kita yang perlu hack untuk perangkap si penjahat (atau polis) yang mengejar di belakang..