Tim Cook: Kami Berusaha Bersungguh-Sungguh Untuk Menjual iPhone Pada Harga Murah

Picture
Bagus Apple ni sebenarnya~

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


iPhone adalah peranti yang premium dan antara yang paling mahal, jika dibandingkan dengan peranti Android. Ia seringkali dikutuk, dikeji dan pelbagai lagi kritikan kerana harga jualannya. iPhone juga hanya menjual peranti mercu sahaja (kecuali iPhone SE dan iPhone 5C) setakat ini dan hanya tahun depan mereka dilaporkan akan kembali dengan peranti “murah” mereka.



Baru-baru ini CEO Apple, Tim Cook – telah ke Jerman bagi melawat Blinkist. Blinkist adalah satu syarikat yang membangunkan aplikasi pendidikan yang agak hebat dan mempunyai lebih 1 juta pengguna aktif. Sambil melawat ke syarikat ini, Tim Cook turut bertemu dengan Stern – iaitu syarikat media di sana untuk bercakap mengenai Apple TV+ dan iPhone-iPhone baharu.

Menurut Tim Cook, Apple berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan harga jualan iPhone adalah murah. Dengan usaha inilah mereka berjaya menjual kesemua iPhone baharu pada harga lebih murah berbanding harga iPhone-iPhone tahun lepas.



Bukan itu sahaja, Tim Cook turut menjelaskan mengenai harga langganan Apple TV+ (harga rasmi Malaysia RM19.90) – harga yang ditawarkan adalah 40% lebih murah berbanding pesaing seperti Netflix. Tim Cook turut menekankan yang Netflix tidak perlu risau mengenai harga langganan Apple TV+ yang murah, kerana menurut kajian pengguna akan melanggan banyak perkhidmatan langganan agar mendapat akses kepada banyak kandungan.

Picture
Apple TV+

Tidak cukup dengan itu, Tim Cook turut memberi “alasan” kenapa mereka mengecas 30% harga jualan aplikasi di App Store daripada pembangun. Alasan beliau adalah agar aplikasi yang pengguna akan muat turun mencapai standard yang diingini. Jika tidak ingin membeli sesuatu aplikasi, terdapat sekitar 86% aplikasi percuma di App Store yang boleh dipilih pengguna.


Apa-apa pun, pendapat saya pengguna kali ini sepatutnya bersyukur dengan tawaran Apple. Sudahlah iPhone baharu lebih murah, percuma sebulan Apple Arcade dan kelak percuma setahun langganan Apple TV+. Bukankah ini satu tawaran hebat, yang mana pengguna dapat menikmati penjimatan sebanyak ratusan ringgit. Setuju atau tidak?

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad