PlayStation 4 Nipis Kini Lebih Murah – Berharga RM1349!

PlayStation 4 Dengan Rekaan Nipis Kini Lebih Murah – Berharga RM1349

Sony telah memperkenalkan PlayStation 4 generasi baru dengan rekaan yang lebih nipis, selain membawakan pengoptimasian pada penggunaan tenaga pada awal pagi ini, dan kini berkongsi lanjut mengenainya, Sony mengatakan ia akan ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Bercakap mengenai PlayStation 4 baru ini, ia membawakan rekaan bersaiz lebih 30% kecil berbanding sebelum ini, dan menggunakan kurang 28% tenaga berbanding sebelum ini.


PlayStation 4 baru ini akan menggantikan penawaran PlayStation sedia ada di pasaran.


Di Malaysia, PlayStation 4 ini akan dijual pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini, iaitu hanya RM1349. Konsol ini hanya akan dijual di Malaysia bermula pertengahan Oktober 2016 kelak.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad