Pokemon Go Bakal Dilancarkan Di Lebih 200 Buah Negara Dalam Masa Terdekat

Pokemon Go Akan Dilancarkan Di Lebih 200 Buah Negara “Dalam Masa Terdekat”

Pokemon Go telah menjadi bualan ramai sejak daripada beberapa minggu lepas – sekaligus membuatkan ramai pengguna seluruh dunia ingin mencubanya.

Pada awalnya, ia hanya telah diperkenalkan di lebih kurang lima buah negara, sebelum mereka turut telah melancarkan ia di lebih 26 buah negara pada penghujung minggu.


Bercakap kepada pihak Reuters, pembangunnya mengatakan mereka akan melancarkan ia di lebih 200 buah negara dalam masa terdekat. Buat masa ini, tiada sebarang garis masa dikongsikan oleh pembangun dalam pelancaran permainan berkenaan untuk sesuatu negara.

Pokemon Go membawakan permainan yang mengabungkan dunia sebenar dengan dunia Pokemon, membolehkan pengguna menangkap pelbagai Pokemon yang terletak secara rawak di lokasi sekitar mereka – disamping bersaing dengan lain melalui Pokemon Gym. Pihak pembangunnya mengambil langkah untuk memperkenalkan ia secara berperingkat supaya pelayan mereka dapat menampung jumlah pengguna – sekaligus memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna.

Populariti permainan ini juga membuatkan sejumlah aplikasi berbentuk malware hadir yang mungkin membahayakan peranti pengguna. Seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk menantikan pelancaran rasmi dan memuat-turunnya daripada saluran rasmi sahaja.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad