Panasonic Econavi Jimat tenaga 65 peratus

Produk Baru: Pendingin hawa jimat tenaga

Bagi rangkaian baru pendingin hawa Panaso­nic, pihaknya mencipta penggabungan penjimatan tenaga yang sempurna dengan Teknologi Eco Sensor ECONAVI dan Teknologi Kawalan Intelligent Inverter Compressor.

Ia mampu meningkatkan pendinginan bilik, selain memberi keselesaan serta capaian gaya hidup mesra alam.



Selaras dengan kesemua inovasi baru ini, Panasonic dengan bangganya memperkenalkan pelancaran kategori baru iaitu Semi Deluxe Econavi di samping rangkaian sedia ada iaitu Inverter Deluxe dan Deluxe Econavi.

Gabungan yang ditampilkan menerusi produk baru ini memberi pendinginan di rumah dan bertindak sebagai langkah penjimatan tenaga sebanyak 65 peratus.

Econavi Eco Sensor dibahagikan kepada dua sensor utama iaitu Sensor Aktiviti Manusia dan Sensor Cahaya Matahari.

Sejurus dipasang, ia secara automatik dapat mengesan aktiviti dan keadaan persekitaran bilik dan maklumat diterima Inverter.

Teknologi Inverter adalah sebahagian daripada unit kompresor luar dan menerima data daripada sensor Econavi yang kemudiannya mengubah kelajuan putarannya untuk mengekalkan suhu dan bertepatan dengan ciri-ciri mesra alam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad


Below Post Ad